π Kategori: Others
Syarikat Silaturrahim Tours & Travel Sdn. Bhd. (STTSB) Ditubuhkan pada 10 Mei 2016. Syarikat ini dimiliki dan diuruskan oleh 100% milikan Bumiputera dan telah berdaftar secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) & Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC). Selari dengan kemajuan dan perkembangan ekonomi Malaysia, syarikat ini menyahut seruan negara yang menggalakkan para usahawan bumiputera untuk meneroka dan meneraju industri pelancongan secara menyeluruh agar ia dapat terus meningkatkan pendapatan negara menjadi lebih baik.
Syarikat Silaturrahim Tours & Travel Sdn. Bhd. (STTSB) menawarkan pelancongan yang efisyen dan sempurna bagi memenuhi keperluan dan permintaan dari pelancong sama ada dari dalam atau dari luar negara. Sektor perkhidmatan pelancongan ini termasuklah proses promosi, pengiklanan pakej, penempahan pakej, perjalanan ke pusat pelancongan, pengurusan perhotelan dan penempatan, perlaksanaan program dan aktiviti, penyediaan makanan dan mendapatkan maklum balas dari pelancong.
Pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk mempertingkatkan perniagaan pelancongan di negara kita. Namun, masih terdapat cabaran yang perlu diatasi terutamanya dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan dan tarikan pelancong. Perancangan untuk mempertingkatkan perniagaan Pelancongan Berasaskan Komuniti / CBT adalah satu pendekatan yang boleh membantu mengatasi cabaran tersebut untuk melaksana dan menjayakannya. Segala perancangan yang telah disusun ianya akan dapat merancakkan lagi sektor pelancongan dalam negara.
π€ Komen AI:
Premis SILATURRAHIM TOURS & TRAVEL SDN BHD (STTSB) yang terletak di Johor dan dikategorikan sebagai Others merupakan pilihan menarik bagi penduduk setempat. Servis dan lokasi yang strategik menjadikan ia sangat berpotensi! π
π‘ SILATURRAHIM TOURS & TRAVEL SDN BHD (STTSB)
Alamat: No 14, Tingkat 1, Jalan Pesta 1/1, Taman Tun Dr Ismail 1 Bakri, 84000, Muar, Johor Darul Taβzim
No Telefon: 601135036988
π¬ Whatsapp PremisNegeri: Johor

